Monday, December 27, 2010

APA ITU SUKUK?

Sukuk  merupakan  nama  pada  sebuah  sijil kewangan dan dapat dilihat sama
dengan  surat  hutang  Islam.  Namun  demikian,  fixed income, surat hutang
berunsur  kepada bunga/faedah adalah tidak diperbolehkan dalam Islam kerana
mempunyai  unsur  riba.  Sukuk  adalah  surat  berharga  yang sesuai dengan
Shariah Islam dan prinsip-prinsip pelaburan yang melarang pembayaran riba.

Sukuk  telah  berkembang  menjadi  antara  method pembiayaan pelaburan yang
berasaskan  prinsip-prinsip  Shariah  di  era  ini. Permintaan kepada sukuk
telah berkembang pesat beberapa tahun kebelakangan ini kerana ianya menjadi
antara  peluang  pelaburan  yang menawarkan risiko rendah, pendapatan tetap
serta berlandaskan prinsip Shariah.

Definisi sukuk
Sijil  bernilai  sama  dengan  sebahagian atau keseluruhan dari kepemilikan
harta  berwujud  untuk mendapatkan hasil dan jasa di dalam kepemilikan aset
dari  projek  tertentu  atau  aktiviti  pelaburan khusus, sijil ini berlaku
setelah  menerima  nilai  sukuk,  disaat  jatuh tempoh dengan menerima dana
sepenuhnya sesuai dengan tujuan sukuk tersebut.

Sukuk  juga  boleh  dikenali  sebagai  Bon patuh Syariah. Terdapat beberapa
persamaan antara sukuk dengan bon konvensional. Persamaan tersebut ialah ia
selalu  mempunyai  tempoh  matang  (term maturity), mempunyai kupon profit,
serta boleh dijual beli pada harga hasil (yield price).

Walaubagaimanapun perbezaan utama antara sukuk dengan bon konvesional ialah
bon  konvensional  merupakan  tuntutan  seorang pelabur pada aliran wang di
masa  hadapan  kepada  pihak  yang menerbitkan bon tersebut. Kontrak antara
pelabur  dengan  penerbit  adalah kontrak seorang penghutang dan pemiutang.
Sebagai  contoh  seorang  pelabur  melanggan bon bernilai RM1000 dan setiap
tahun  akan  diberikan  faedah sebanyak RM100 sekiranya kadar faedahnya 10%
sehingga  tempoh  matang.  Setelah  Bon  itu  matang pelabur akan diberikan
faedah  tahun  itu  serta  dibayar  semula  harga  hasil bon tersebut iaitu
RM1000.

Bagi   sukuk  pula,  method  pengiraan  profit  adalah  serupa  dengan  bon
konvensional,  akan tetapi di dalam kontrak sukuk, tuntutan seorang pelabur
bukan  pada  aliran  wang  tunai  semata-mata, akan tetapi tuntutan seorang
pelabur  adalah  pada  manfaat  sebuah  aset  yang digunakan oleh wang yang
dijana  melalui  kaedah pembiayaan sukuk. Di dalam kontrak sukuk, wang yang
dijana  daripada terbitan sukuk akan digunakan untuk membeli sesebuah aset.
Kemudian  pemegang  sijil  sukuk  mempunyai  tuntutan  ke atas manfaat yang
dijana  aset  tersebut mengikut kadar pelaburan pelabur tersebut. Contohnya
sekiranya  pelabur  melanggan  RM1000 dengan perjanjian kadar profit margin
10%,  pelabur  akan  menerima  RM100  setiap  tahun  dan RM1100 pada tempoh
matang.

Sukuk juga telah distruktur dimana terbitannya bukan pertukaran antara wang
dengan  dengan  sijil  semata-mata  akan  tetapi  ianya  berdasarkan kepada
pertukaran  aset yang telah diluluskan dengan beberapa timbangan pembiayaan
di  mana  akan  membolehkan  pelabur menerima keuntungan daripada transaksi
tersebut.

Satu  lagi aspek yang membezakan antara sukuk dan bon konvensional ialah di
dalam  situasi  di  mana penerbit bon tidak dapat membayar balik hutang dan
faedah   kepada   pelabur/pemiutang   pelabur   akan   kehilangan   kesemua
pelaburannya  kerana  kontrak  bon  biasanya  tiada jaminan aset yang boleh
dicagar  untuk  mendapatkan  semula  pokok  pelaburan. Di dalam sukuk pula,
tidak boleh tidak di dalam kontrak sukuk mesti terdapat jaminan bahawa wang
yang  dijana daripada pelabur digunakan untuk membeli sebuah aset yang mana
keuntungan pelabur datang daripada manfaat aset tersebut. Sekiranya situasi
buruk berlaku, pelabur masih dapat klaim sebahagian pelaburan mereka dengan
mencagarkan aset yang menjadi jaminan kepada kontrak sukuk tersebut.

Jenis-jenis Sukuk yang terdapat pada masa kini:
1.    Sukuk Ijarah: Menyewakan hak manfaat aset kepada pihak lain
berdasarkan harga dan tempoh yang disepakati
2.    Sukuk Mudharabah: Perjanjian Kerjasama antara dua pihak iaitu pemodal
dan pengelola modal
3.    Sukuk Musyarakah: Kerjasama dua pihak dengan menggabungkan sebuah
modal untuk sebuah motivasi.
4.    Sukuk Istisna: Kesepakatan jual beli dalam rangka pembiayaan suatu
projek barang.

Kesimpulan
Pelaburan   sukukmerupakan   antara   pelaburan  ideal  bagi  pelabur  yang
menghendaki  pulangan  pelaburan tetap dengan risiko yang rendah serta yang
Shariah   Compliant.   Walaubagaimanapun,  terdapat  juga  kontroversi  dan
kritikan  mengenai  beberapa  jenis  struktur sukuk yang dikatakan miripnya
terlalu  hampir  dengan riba oleh Syeikh Taqi Usmani. Oleh itu sebelum anda
membuat  keputusan mengenai pelaburan anda, bolehlah membuat sedikit kajian
mengenai  instrumen  sukuk  yang  anda  minati.  Di  Malaysia ini, cukuplah
sekiranya  sukuk  itu  telah  diluluskan  oleh  Shariah  Board  Suruhanjaya
Sekuriti  Malaysia.  Anda  sudah  boleh  meyakinkan diri anda untuk melabur
dalam sukuk tersebut.

5 comments: